Andrew Stanton | |
---|---|
Kelahiran | Rockport, Massachusetts, Amerika Syarikat | 3 Disember 1965
Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis lakonlayar, pelakon suara |
Tahun aktif | 1987–kini |
Karya terkenal | A Bug's Life Finding Nemo WALL-E John Carter Finding Dory Stranger Things |
Pasangan | Julie Stanton (k. 1991) |
Anak-anak | 2 |
Andrew Stanton (lahir 3 Disember 1965) merupakan seorang pengarah filem, penulis lakonlayar, penerbit dan pelakon suara Amerika Syarikat yang berkhidmat di Pixar. Karya filemnya termasuk menulis dan mengarahkan filem Pixar A Bug's Life (1998) (sebagai pengarah bersama), Finding Nemo (2003) dan kesinambungannya Finding Dory (2016), WALL-E (2008), dan filem aksi hidup, Disney John Carter (2012). Beliau juga menulis bersama keseluruhan filem Toy Story dan Monsters, Inc. (2001)
Finding Nemo dan WALL-E melayakkan beliau memperoleh dua Anugerah Akademi untuk Cetera Animasi Terbaik. Beliau juga dicalonkan untuk tiga Anugerah Akademi untuk Skrip Asal Terbaik, untuk Finding Nemo, WALL-E, dan Toy Story (1995), dan untuk Anugerah Akademi untuk Adaptasi Lakonlayar Terbaik untuk Toy Story 3 (2010). Stanton mengarahkan sekuelnya untuk Finding Nemo, Finding Dory, yang dikeluarkan pada Jun 2016.