Angkatan Kencana Алтан Орд Altan Ord Altın Urda Ulus Jochi Зүчийн улс | |
---|---|
Badan perundangan | Kurultai |
Angkatan Kencana (Bahasa Mongolia: Алтан Орд, Altan Ord , Bahasa Kazakhstan: Алтын Орда, Altyn Orda , Bahasa Tatar: Алтын Урда, Altın Urda ; Rusia: Золотая Орда, Zolotaya Orda ) ialah nama Slavik Timur untuk kekhanan Mongol[1][2][3]—kemudian Turkik[4]—Muslim[5] yang diasaskan di bahagian barat Empayar Mongol selepas serangan Mongol ke atas Rus' pada 1240-an: Rusia, Ukraine, Moldova, Kazakhstan dan Caucasus hari ini. Juga dikenali sebagai Ulus Jochi[4] atau Kekhanan Kipchak (jangan dikelirukan dengan kekhanan Kipchak sebelum penaklukannya oleh Mongol). Kawasan Angkatan Kencana pada kemuncaknya termasuk kebanyakan Eropah Timur dari Pergunungan Ural ke tebing kanan Sungai Danube, menganjur dalam ke timur ke Siberia. Di selatan, tanah Angkatan Kencana bersempadan dengan Laut Hitam, Pergunungan Caucasus, dan wilayah dinasti Mongol yang dikenali sebagai Ilkhanat.[4]