Angkatan Tentera Portugal Forças Armadas | |
---|---|
Diasaskan | abad ke-12 |
Bentuk kini | 1950 |
Cabang khidmat | |
Ibu pejabat | Lisbon, Portugal |
Kepimpinan | |
Presiden | Marcelo Rebelo de Sousa |
Menteri Pertahanan Nasional | Helena Carreiras |
Ketua Turus Am | Laksamana António Manuel Fernandes da Silva Ribeiro[1] |
Sedia berkhidmat dalam tentera |
2,566,264 lelaki, usia 18–35 (2010[4]), 2,458,297 wanita, usia 18–35 (2010[4]) |
Sesuai untuk berkhidmat |
2,103,080 lelaki, usia 18–35 (2010[4]), 2,018,004 wanita, usia 18–35 (2010[4]) |
Capaian usia masuk tentera tahunan |
62,208 lelaki (2010[4]), 54,786 wanita(2010[4]) |
Kakitangan aktif | 27.741 (2021)[2] |
Kakitangan diatur | 927 (2022)[3] |
Perbelanjaan | |
Bajet | ▲ €4.151 billion (2021)[5] |
Peratusan KDNK | ▲ 1.66% (2021) |
Industri | |
Pembekal domestik | Arsenal do Alfeite Edisoft EID, S.A. OGMA Tekever UAVision West Sea Shipyard |
Pembekal luar | |
Eksport tahunan | ▲ €4,750 billion (2019) |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan Portugal |
Pangkat | Pangkat tentera Portugal |
Angkatan Tentera Portugal (Portugis: Forças Armadas ) adalah angkatan bersenjata bagi negara Portugal. Ia merangkumi Turus Am Angkatan Tentera, badan-badan bersatu yang lain dan tiga cabang perkhidmatan: Tentera Laut Portugal, Tentera Darat Portugal dan Tentera Udara Portugal.[6]
Presiden Republik adalah ketua angkatan tentera Portugal, dengan gelaran "Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera" (Comandante Supremo das Forças Armadas).[7] Pengurusan Angkatan Tentera dan pelaksanaan dasar pertahanan negara telah dilakukan oleh pihak kerajaan (dipengerusikan oleh Perdana Menteri) melalui Menteri Pertahanan Nasional.[8] Pegawai paling tinggi ketenteraan ialah Ketua Turus Am Angkatan Tentera, yang mempunyai kawalan operasi ke atas Angkatan Tentera semasa aman dan mengambil alih kawalan penuh apabila peperangan berlaku.
Angkatan Tentera diberi tugas melindungi Portugal serta menyokong usaha-usaha pengaman antarabangsa apabila diberi mandat oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Bangsa-Bangsa Bersatu dan/atau Kesatuan Eropah.
Portugal disenaraikan negara ke-3 paling aman di Dunia dalam Indeks Keamanan Dunia 2017, pada masa ini tidak mempunyai isu-isu keselamatan negara yang ketara. Oleh itu, Angkatan Tentera Portugal telah memberi tumpuan pada aktiviti perkhidmatan awam bukan tentera dan pada operasi ketenteraan luar negara. Operasi luar baru-baru ini termasuk tindakan anti-lanun di Teluk Aden, konflik di Republik Afrika Tengah dan di Afghanistan, misi pengaman di Timor Timur, Lubnan, Kosovo dan Bosnia-Herzegovina, dan kawalan udara Iceland dan negara Baltik.[9]
Unit tentera dan badan-badan lain ditempatkan diseluruh wilayah Portugal, termasuk Portugal Benua, Madeira dan Azores.
Angkatan Tentera Portugal dibuka secara tetap untuk wanita pada awal tahun 1990an. Portugal mempunyai kerahan wajib untuk semua lelaki yang sihat sehingga November 2004.[10]