Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Angkatan Tentera Republik Islam Iran (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Angkatan Tentera Republik Islam Iran (Parsi: نیروهای مسلح جمهوری اسلامی ایران ), Termasuk Tentera (Artesh), Revolusi Pengawal (Sepāh), dan Pasukan Penguatkuasaan Undang-Undang (Polis).[7]
Iran mempunyai tiga badan ketenteraan utama iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Selain itu terdapat juga sebuah badan ketenteraan khas yang digelar Pasukan Bersenjata Revolusi dan badan ini mempunyai 545,000 pegawai.[8] Kesemua badan ketenteraan ini diletakkan dibawah penguasaan Kementerian Pertahanan dan Logistik Pasukan Bersenjata.[9]
Pasukan bersenjata nasional dianggarkan mempunyai 420,000 pegawai: seramai 350,000 untuk Tentera Darat Iran, 18,000 tentera untuk Tentera Laut Iran dan 52,000 pegawai untuk Tentera Udara Iran.[10] Tentera revolusi pula mempunyai 125,000 tentera yang dibahagikan kepada tiga pasukan iaitu Pasukan Qods, Pasukan Basij dan tentrea revolusi yang mempunyai tiga batalion iaitu Tentera Laut Revolusi Iran, Tentera Udara Revolusi Iran dan Tentera Darat Revolusi Iran.[11]
Tentera Basij Iran adalah sebuah pasukan para-ketenteraan yang disertai oleh sukarelawan dan juga tentera dari pasukan Qods. Ia mempunyai kekuatan seramai 90,000 tentera yang bekerja sepenuh masa, 300,000 askar simpanan dan 11 juta penduduk Iran yang berkemampuan untuk berperang.[12]
Kemampuan ketenteraan Iran selalunya dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Dewasa ini, terdapat beberapa pengumuman rasmi daripada kerajaan Iran mengenai pembangunan peluru berpandu dan juga beberapa senjata api seperti peluru berpandu Fajr-3, Hoot, Kowsar, Fateh-110, Shahab-3 dan beberapa kenderan tentera tanda pemandu. Salah satunya didakwa oleh Israel digunakan untuk pengintipan Israel.[13]
Selain itu, beberapa negara barat mendakwa Iran sedang membangunkan senjata nuklear.[14] Namun begitu, dakwaan disangkal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana ia tidak mempunyai bukti yang kukuh.[15] [16]