Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | 20 Jun, 1941–17 September, 1947 |
Negara | Amerika Syarikat |
Cawangan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Jenis | Tentera udara |
Peranan | Peperangan udara |
Saiz | 2.4 juta anggota (Mac 1944) 79,908 pesawat (Julai 1944) |
Sebahagian daripada | Jabatan Perang A.S. |
Komander | |
Komander terkenal | Jen. Henry H. Arnold, 1941-1946 Gen. Carl Spaatz, 1946-1947 |
Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: United States Army Air Forces atau USAAF/AAF) adalah cabang penerbangan tentera Amerika Syarikat semasa dan sejurus selepas Perang Dunia II, pengganti kepada Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat dan pendahulu langsung kepada Tentera Udara Amerika Syarikat. AAF adalah sebuah komponen Tentera Darat Amerika Syarikat, yang mana pada tahun 1942 telah dibahagikan fungsi berdasarkan perintah eksekutif menjadi tiga angkatan berautonomi iaitu Angkatan Tentera Darat (Army Ground Forces), Khidmat Bekalan (Services of Supply), pada tahun 1943 menjadi Angkatan Khidmat Bekalan (Army Service Forces), dan Angkatan Udara Tentera Darat. Setiap angkatan ini mempunyai seorang panglima yang melapor terus kepada Ketua Turus Tentera Darat.