Animatronik

Sebuah rangka animatronik muka yang ringkas.

Animatronik ialah penggunaan mekatronik untuk membuat mesin-mesin yang seakan-akan "hidup" - termasuk replika haiwan (misalnya dinosaur), tumbuhan dan juga makhluk ghaib - daripada robotik.[1][2] . Robot yang direka sebagai tiruan manusia yang meyakinkan dikenali sebagai android.

Animatronik digunakan terutamanya dalam perfileman, bahkan juga di taman tema dan bentuk hiburan yang lain. Kelebihan utamanya berbanding CGI dan gerak henti adalah makhluk yang disimulasikan itu wujud secara fizikal dan bergerak di hadapan kamera dalam masa nyata. Teknologi di sebalik animatronik semakin maju dan canggih selama ini, membuat boneka itu menjadi lebih realistik dan seakan-akan hidup.

Animatronik digunakan dalam situasi yang mana makhluk itu tak wujud; aksi terlalu berisiko atau mahal untuk menggunakan pelakon atau haiwan sebenar; atau aksi tidak dapat dilaksanakan dengan manusia atau haiwan yang hidup. Sistem animatronik boleh dilaksanakan dengan menggunakan kawalan komputer dan kawalan manusia, termasuk teleoperasi.

  1. ^ "Overview of Career in Animatronics" (PDF). National TSA Conference Competitive Events Guide. Technology Student Association. 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-09-10. Dicapai pada 2018-07-27.
  2. ^ "Animatronics Introduction". Digication, Inc. Dicapai pada 10 Oktober 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne