Anjing

Anjing
Julat zaman: 0.0142–0 Ma
Pleistosen Akhir hingga kini[1]
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Keluarga: Canidae
Genus: Canis
Spesies:
C. familiaris
Nama binomial
Canis familiaris
Sinonim[3]
Senarai
  • C. aegyptius Linnaeus, 1758
  • C. alco C. E. H. Smith, 1839
  • C. americanus Gmelin, 1792
  • C. anglicus Gmelin, 1792
  • C. antarcticus Gmelin, 1792
  • C. aprinus Gmelin, 1792
  • C. aquaticus Linnaeus, 1758
  • C. aquatilis Gmelin, 1792
  • C. avicularis Gmelin, 1792
  • C. borealis C. E. H. Smith, 1839
  • C. brevipilis Gmelin, 1792
  • C. cursorius Gmelin, 1792
  • C. domesticus Linnaeus, 1758
  • C. extrarius Gmelin, 1792
  • C. ferus C. E. H. Smith, 1839
  • C. fricator Gmelin, 1792
  • C. fricatrix Linnaeus, 1758
  • C. fuillus Gmelin, 1792
  • C. gallicus Gmelin, 1792
  • C. glaucus C. E. H. Smith, 1839
  • C. graius Linnaeus, 1758
  • C. grajus Gmelin, 1792
  • C. hagenbecki Krumbiegel, 1950
  • C. haitensis C. E. H. Smith, 1839
  • C. hibernicus Gmelin, 1792
  • C. hirsutus Gmelin, 1792
  • C. hybridus Gmelin, 1792
  • C. islandicus Gmelin, 1792
  • C. italicus Gmelin, 1792
  • C. laniarius Gmelin, 1792
  • C. leoninus Gmelin, 1792
  • C. leporarius C. E. H. Smith, 1839
  • C. lupus familiaris Linnaeus, 1758
  • C. major Gmelin, 1792
  • C. mastinus Linnaeus, 1758
  • C. melitacus Gmelin, 1792
  • C. melitaeus Linnaeus, 1758
  • C. minor Gmelin, 1792
  • C. molossus Gmelin, 1792
  • C. mustelinus Linnaeus, 1758
  • C. obesus Gmelin, 1792
  • C. orientalis Gmelin, 1792
  • C. pacificus C. E. H. Smith, 1839
  • C. plancus Gmelin, 1792
  • C. pomeranus Gmelin, 1792
  • C. sagaces C. E. H. Smith, 1839
  • C. sanguinarius C. E. H. Smith, 1839
  • C. sagax Linnaeus, 1758
  • C. scoticus Gmelin, 1792
  • C. sibiricus Gmelin, 1792
  • C. suillus C. E. H. Smith, 1839
  • C. terraenovae C. E. H. Smith, 1839
  • C. terrarius C. E. H. Smith, 1839
  • C. turcicus Gmelin, 1792
  • C. urcani C. E. H. Smith, 1839
  • C. variegatus Gmelin, 1792
  • C. venaticus Gmelin, 1792
  • C. vertegus Gmelin, 1792

Anjing (Jawi: انجيڠ; Canis familiaris atau Canis lupus familiaris) ialah keturunan bela jinak bagi serigala. Anjing, yang juga dipanggil anjing bela jinak atau anjing domestik, dibiakbakakan secara terpilih daripada populasi pupus serigala semasa Pleistosen Akhir oleh pemburu-pengumpul. Anjing ialah spesies pertama yang dibelajinakkan oleh manusia pada lebih daripada 14,000 tahun lalu dan sebelum kemajuan pertanian. Pakar menganggarkan bahawa, oleh sebab perkaitan panjangnya dengan manusia, anjing telah memperoleh kebolehan untuk hidup berkembang dengan diet kaya kanji yang sepatutnya tidak cukup untuk canid lain.

Anjing telah dibiakbakakan untuk pelbagai tingkah laku, kemampuan deria, dan atribut fizikal yang diingini. Baka anjing sangat berbeza-beza dari segi rupa bentuk, saiz, dan warna. Ia mempunyai struktur bilangan tulang sama (dengan pengecualian ekor), rahang berkuasa yang menempatkan sekitar 42 batang gigi, dan deria cukup terbentuk bagi penghiduan, pendengaran, dan penglihatan. Berbanding dengan manusia, Anjing mempunyai ketajaman penglihatan lebih rendah, deria bau lebih tajam, dan korteks penghiduan agak besar. Ia memainkan banyak peranan untuk manusia, seperti perburuan, penggembalaan, penarikan muatan, perlindungan, pendampingan, terapi, pembantu orang kurang upaya, dan pembantu polis dan pihak tentera.

Komunikasi pada anjing termasuk renungan mata, ekspresi muka, penyuaraan, postur badan (termasuk pergerakan tubuh dan anggota), dan komunikasi pengecapan (bau, feromon, dan kecapan). Ia menandai wilayahnya dengan mengencingi wilayah tersebut, yang lebih berkemungkinan apabila memasuki persekitaran baharu. Selama beralaf-alaf, anjing menjadi tersesuai secara unik terhadap tingkah laku manusia; adaptasi ini termasuk kebolehan untuk memahami manusia dan berkomunikasi dengan manusia. Oleh itu, ikatan manusia–anjing telah menjadi topik kajian kerap dan pengaruh anjing terhadap kemasyarakatan manusia telah memberinya nama gelaran "sahabat baik manusia".

Populasi anjing global dianggarkan pada 700 juta ekor hingga 1 bilion ekor anjing, yang tertabur di seluruh dunia. Anjing ialah haiwan peliharaan paling popular di Amerika Syarikat, yang hadir dalam 34–40% daripada jumlah isi rumah. Negara-negara maju merangkumi hampir-hampir 20% daripada populasi anjing global sementara sekitar 75% daripada jumlah anjing dianggarkan berasal dari negara-negara membangun, terutamanya dalam bentuk anjing jalang dan anjing komuniti.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Thalmann2019
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Linnaeus1758
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Wozencraft2005

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne