![]() | |||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing darah Bloodhound Anjing St. Hubert Anjing pemburu St. Hubert | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Belgium Perancis United Kingdom | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu darah, anjing darah, bloodhound (Sebutan bahasa Melayu: [bladhaʊn]),[a] anjing Santo Hubert, atau anjing pemburu Santo Hubert[b] ialah satu baka anjing pemburu bau besar yang pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu rusa, babi hutan, dan arnab, dan, sejak Zaman Pertengahan, untuk menjejak orang. Oleh sebab anjing ini dipercayai diturunkan daripada anjing pemburu yang pernah dipelihara di Gereja Saint-Hubert, Belgium, nama aslinya dalam bahasa Perancis ialah chien de Saint-Hubert ("anjing Santo Hubert").
Baka ini masyhur kerana kebolehannya untuk mencerap bau manusia dari jarak jauh, malah yang berusia berhari-hari kemudian. Deria baunya yang amat tajam digabungkan dengan naluri penjejakan kuat untuk menghasilkan anjing pemburu bau unggul. Ia digunakan oleh pihak polis dan penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia untuk menjejak banduan pelarian, orang hilang, dan haiwan peliharaan sesat.[1]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan