Anjing penuding, kadang-kadang dipanggil anjing burung, ialah sejenisgundog yang biasanya digunakan dalam pencarian buruan.[1][2]Gundog dibahagikan secara tradisional kepada tiga kelas: anjing pengutip, anjing penggarah, dan anjing penuding.[3] Nama "anjing penuding" berasal daripada naluri anjing ini untuk "menuding", dengan berhenti dan menghalakan muncungnya ke arah buruan. Ini menunjukkan lokasi buruannya kepada pemburu dan membolehkan mereka bergerak ke dalam jarak tembakan. Anjing penuding dibiakbakakan secara terpilih daripada anjing yang mempunyai banyak naluri penudingan dan penyokongan. Ia biasanya mula memperoleh naluri perburuannya pada usia kira-kira 2 bulan.[4][5]
^"Spotlight on continental HPR breeds" [Sorotan untuk baka HPR benua] (dalam bahasa Inggeris). Shooting UK. 30 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2018. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^OBrien, Ben (26 Mei 2011). "How to Pick a Pointing Breed" [Cara untuk Memilih Baka Penuding]. Gun Dog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
^Parra Pecharromán, David; Méndez Delgado, Rosario Susy; Cañón Ferreras, Francisco Javier; Dunner Boxberger, Helene Susana (30 Januari 2008). "Genetic differentiation in pointing dog breeds inferred from microsatellites and mitochondrial DNA sequence" [Pembezaan genetik pada baka anjing penuding yang diinferenskan daripada mikrosatelit dan jujukan DNA mitokondrion]. Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 39 (1): 1–7. doi:10.1111/j.1365-2052.2007.01658.x. ISSN1365-2052. PMID18254732. S2CID16719543.
^Mazover, Aleksandr Pavlovich (1985). Hunting Dogs [Anjing Pemburu] (dalam bahasa Inggeris). Agropromizdat. m/s. 239.