Anneline Kriel

Anneline Kriel
Kelahiran (1955-07-28) 28 Julai 1955 (umur 69)
Pusat pendidikanUniversiti Pretoria
PangkatMiss South Africa 1974
Miss World 1974
PasanganSol Kerzner (1980-1985)
Phillip Tucker (1989-1994)
Peter Bacon
Paparan amaran: Page using Template:Infobox pageant titleholder with unknown parameter "nationality"

Anneline Kriel ialah seorang pelakon, model dan ratu cantik Afrika Selatan. Beliau meraih gelaran Miss World 1974 pada usia 19 tahun, mewakili Afrika Selatan, setelah Helen Morgan mengundurkan diri hanya berselang empat hari sejak kemenangannya. Beliau menjadi wanita kedua dari negaranya yang meraih gelaran Miss World selepas Penelope Coelen pada tahun 1958. Setelah melengkapkan tugasnya, beliau menjadi duta untuk beberapa produk kecantikan, dan aktif dalam aktiviti sosial kemasyarakatan.

Kriel juga membintangi beberapa drama televisyen di Afrika Selatan[1] dan filem antarabangsa, Kill and Kill Again yang berada pada kedudukan kedua di pecah panggung Amerika Syarikat.[2]

  1. ^ Motel View Victoria University Press. 1992. pp. 60
  2. ^ Allan, Jani (1980s). Face Value. Longstreet.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne