Antony Blinken

Antony Blinken
Potret rasmi, 2021
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-71
Dalam jawatan
26 Januari 2021 – 20 Januari 2025
PresidenJoe Biden
TimbalanWendy Sherman
Didahului olehMike Pompeo
Digantikan olehMarco Rubio
Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-18
Dalam jawatan
09 Januari 2015 – 20 Januari 2017
PresidenBarack Obama
Didahului olehWilliam Joseph Burns
Digantikan olehJohn Sullivan
Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 2013 – 09 Januari 2015
PresidenBarack Obama
Didahului olehDenis McDonough
Digantikan olehAvril Haines
Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 2009 – 20 Januari 2013
Naib PresidenJoe Biden
Didahului olehJohn P. Hannah
Digantikan olehJake Sullivan
Maklumat peribadi
Lahir
Antony John Blinken

(1962-04-16) 16 April 1962 (umur 62)
Bandar Raya New York, New York, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganEvan Ryan (k. 2002)
Pendidikan

Antony John Blinken (lahir 16 April 1962) ialah seorang pegawai dan diplomat kerajaan Amerika Syarikat. Beliau ialah Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-71 dan terkini di bawah pentadbiran presiden Joe Biden sejak tahun 2021. Sebelum ini, Blinken berkhidmat sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat dari tahun 2013 hingga 2015 dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat dari tahun 2015 hingga 2017 di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Semasa pentadbiran Clinton, Blinken berkhidmat di Jabatan Negara dan dalam jawatan-jawatan kanan kakitangan Majlis Keselamatan Negara. Beliau juga merupakan felo kanan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (2001–2002), Pengarah Kakitangan Demokratik Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar Negeri (2002–2008), dan ahli peralihan kuasa presiden Obama–Biden dari bulan November 2008 hingga bulan Januari 2009. Dari tahun 2009 hingga 2013, Blinken berkhidmat sebagai Timbalan Pembantu kepada Presiden dan Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Amerika Syarikat.

Dalam sektor swasta, Blinken mengasaskan WestExec Advisors, sebuah firma perunding. Beliau juga merupakan rakan kongsi dalam firma ekuiti swasta dan ahli Majlis Hubungan Luar Negeri, sebuah badan pemikir dasar asing.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne