Anugerah Akademi ke-85 | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Tarikh | Februari 24, 2013 | |||
Tempat | Teater Dolby Hollywood, Los Angeles, California, U.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis | Jess Cagle Kristin Chenoweth Kelly Rowland Robin Roberts Lara Spencer[1] | |||
Pengacara | Seth MacFarlane[2] | |||
Penerbit | Neil Meron Craig Zadan | |||
Pengarah | Don Mischer | |||
Tempoh | 3 jam, 35 minit[3] | |||
Filem Terbaik | Argo | |||
Anugerah terbanyak | Life of Pi (4) | |||
Pencalonan terbanyak | Lincoln (12) | |||
|
Majlis Anugerah Akademi ke-85 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2012 dan berlangsung pada Februari 24, 2013 di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Craig Zadan dan Neil Meron dan diarahkan oleh Don Mischer.[4][5] Seth MacFarlane mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[6]
Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-4 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada Disember 1, 2012.[7] Pada Februari 9, 2013, dalam sebuah majlis di Hotel The Beverly Hills, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Chris Pine dan Zoe Saldana.[8]
Life of Pi memenangi empat anugerah termasuk Pengarah Terbaik untuk Ang Lee.[9][10] Argo memenangi tiga anugerah termasuk Filem Terbaik, filem keempat untuk memenangi Filem Terbaik tanpa pengarahnya dicalonkan.[11] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Les Misérables juga dengan tiga anugerah, Django Unchained, Lincoln dan Skyfall dengan dua dan Amour, Anna Karenina, Brave, Curfew, Inocente, Paperman, Searching for Sugar Man, Silver Linings Playbook dan Zero Dark Thirty dengan satu.
|work=
(bantuan)