Anugerah Akademi ke-86 | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Tarikh | Mac 2, 2014 | |||
Tempat | Teater Dolby Hollywood, Los Angeles, California, A.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis | Jess Cagle Lara Spencer Robin Roberts Tyson Beckford[1] | |||
Pengacara | Ellen DeGeneres[2] | |||
Penerbit | Neil Meron Craig Zadan[3] | |||
Pengarah | Hamish Hamilton[4] | |||
Tempoh | 3 jam, 34 minit[5] | |||
Filem Terbaik | 12 Years a Slave | |||
Anugerah terbanyak | Gravity (7) | |||
Pencalonan terbanyak | American Hustle dan Gravity (10) | |||
|
Majlis Anugerah Akademi ke-86 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2013 dan berlangsung pada Mac 2, 2014 di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Neil Meron dan Craig Zadan dan diarahkan oleh Hamish Hamilton. Ellen DeGeneres mengacarakan majlis ini buat kali kedua dimana sebelum ini beliau mengacarakan Anugerah Akademi ke-79 pada tahun 2007.[6]
Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-5 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 16, 2013.[7] Pada Februari 15, 2014, dalam sebuah majlis di Hotel The Beverly Hills, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Kristen Bell dan Michael B. Jordan.[8]
12 Years a Slave memenangi tiga anugerah termasuk Filem Terbaik.[9][10] Gravity memenangi anugerah terbanyak dengan tujuh termasuk Pengarah Terbaik untuk Alfonso Cuarón. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Dallas Buyers Club juga dengan tiga anugerah, Frozen dan The Great Gatsby dengan dua dan Blue Jasmine, The Great Beauty, Helium, Her, The Lady in Number 6: Music Saved My Life, Mr Hublot dan 20 Feet from Stardom dengan satu.