Anugerah Akademi ke-90

Anugerah Akademi ke-90
Tarikh 4 Mac 2018
Tempat Teater Dolby
Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Rangkaian ABC
Pramajlis
Pengacara Jimmy Kimmel
Penerbit Michael De Luca
Jennifer Todd
Pengarah Glenn Weiss
Tempoh 3 jam, 50 minit
Filem Terbaik The Shape of Water
Anugerah terbanyak The Shape of Water (4)
Pencalonan terbanyak The Shape of Water (13)
 < ke-89 Anugerah Akademi ke-91 > 

Majlis Anugerah Akademi ke-90 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) untuk memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2017. Majlis ini berlangsung pada 4 Mac 2018 di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles, California.[1] Majlis ini berlangsung selepas bulan Februari untuk mengelak daripada bertentang dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.[2] Semasa majlis berlangsung, AMPAS menyampaikan Anugerah Akademi (secara umum dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC dimana ia diterbitkan oleh Michael De Luca bersama Jennifer Todd dan diarahkan oleh Glenn Weiss.[3] Jimmy Kimmel merupakan pengacara untuk tahun kedua berturut-turut menjadikan Kimmel orang pertama untuk mengacara dua majlis berturut-turut sejak Billy Crystal pada tahun 1997 dan 1998.[4]

Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-9 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada 11 November 2017.[5] Pada 10 Februari 2018, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire Hotel, Beverly Hills, California, Anugerah Teknikal dan Saintifik Akademi disampaikan oleh pengacara, Patrick Stewart.

The Shape of Water memenangi empat anugerah termasuk Filem Terbaik. Dunkirk memenangi tiga anugerah; Blade Runner 2049, Coco, Darkest Hour dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri masing-masing memenangi dua anugerah. I, Tonya, Get Out, Call Me by Your Name, A Fantastic Woman, Icarus, Phantom Thread, Heaven Is a Traffic Jam on the 405, The Silent Child dan Dear Basketball masing-masing menerima satu anugerah.

  1. ^ "90TH ANNUAL ACADEMY AWARDS". Dicapai pada 12 Disember 2017.
  2. ^ Josh Rottenberg. "Academy Awards dates set through 2021; Winter Olympics bump 2018 Oscars to March". Los Angeles Times. Tronc. Dicapai pada 2 Disember 2017.
  3. ^ Thompson, Anne (16 Mei 2017). "Oscar Host Jimmy Kimmel, Producers Return for Academy Awards 2018". IndieWire. Penske Media Corporation. Dicapai pada 5 April 2017.
  4. ^ Thompson, Anne (16 Mei 2017). "Jimmy Kimmel Returning to Host the 2018 Oscars". Collider. Complex. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  5. ^ Goldstein, Micheline (6 September 2017). "The Academy to Honor Charles Burnett, Owen Roizman, Donald Sutherland and Agnes Varda with Oscars at 2017 Governors Awards". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai pada 27 Disember 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne