Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | |
---|---|
![]() | |
![]() Pemenang terkini: Allison Janney | |
Jenis | Award for best supporting actress (en) ![]() ![]() |
Penerangan | Lakonan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu |
Negara | Amerika Syarikat |
Disampaikan oleh | AMPAS |
Kali pertama | 1937 (untuk lakonan dalam filem yang dikeluarkan pada tahun 1936) |
Kini dipegang oleh | Allison Janney I, Tonya (2017) |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ialah sebuah anugerah dipersembahkan setiap tahun oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS). Ia diberi sebagai penghormatan kepada pelakon wanita yang menunjukkan lakonan luar biasa dalam peranan pembantu semasa bekerja dalam industri filem. Di majlis Anugerah Akademi ke-9 yang diadakan pada tahun 1937, Gale Sondergaard merupakan pemenang pertama anugerah ini untuk peranannya dalam Anthony Adverse.[1] Dianne Wiest dan Shelley Winters memenangi anugerah terbanyak dalam kategori ini dengan dua anugerah. Thelma Ritter dicalonkan sebanyak enam kali, lebih banyak daripada pelakon wanita lain. Setakat majlis anugerah tahun 2018, Allison Janney adalah pemenang dalam kategori ini untuk persembahan lakonannya sebagai LaVona Golden di dalam filem I, Tonya.