Anugerah Dadasaheb Phalke | |
---|---|
Anugerah kebangsaan bagi sumbangan kepada pawagam India | |
Nama asli | Dadasaheb Phalke Award (en) ![]() |
Jenis | Anugerah, senarai maklumat ![]() |
Penerangan | "sumbangan luar biasa kepada pertumbuhan dan perkembangan pawagam India" |
Penaja | Direktorat Festival Filem |
Negara | India ![]() |
Disampaikan oleh | Majlis Kesatuan Menteri India ![]() |
Ganjaran |
|
Kali pertama | 1969 |
Kali terakhir | 2018 |
Pemenang terkini | Amitabh Bachchan |
Sorotan | |
Jumlah anugerah | 50 |
Pemenang pertana | Devika Rani |
Susunan keutamaan | |
Lebih rendah | National Film Award for Best Actor (en) ![]() ![]() ![]() |
Tapak web | |
http://dff.nic.in/NFA.aspx ![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Anusgerah Dadasaheb Phalke ialah anugerah tertinggi dalam industri perfileman di India. Anugerah ini dipersembahkan secara tahunan di acara Anugerah Filem Kebangsaan oleh Direktorat Festival Filem, sebuah pertubuhan yang diuruskan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Penerimanya diiktiraf kerana "jasa-jasa menakjubkan mereka dalam pertumbuhan dan pembangunan pawagam India"[1] dan dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada ahli dari industri filem India.[2] Setakat 2014[kemas kini], anugerah ini termasuk pingat Swarna Kamal (Teratai Emas), sebuah syal, dan hadiah wang tunai sejumlah ₹1,000,000 (AS$15,000).[3]
Pertama kali diberikan pada 1969, anugerah ini diperkenalkan oleh Kerajaan India untuk mengenang jasa-jasa Dadasaheb Phalke terhadap pawagam India.[4] Phalke (1870–1944), yang dikenali sebagai dan sering disebut sebagai "bapa pawagam India", ialah seorang pembikin filem India yang mengarahkan filem cereka panjang pertama India, Raja Harishchandra (1913).[1]
Penerima pertama anugerah ini ialah pelakon Devika Rani, yang diberikan anugerah ini di Anugerah Filem Kebangsaan ke-17. Setakat 2013[kemas kini], terdapat 45 orang yang diberi penghargaan. Salah satunya ialah pelakon Prithviraj Kapoor yang merupakan satu-satunya penerima anumerta.[5] Anak lelakinya yang juga pembikin filem, Raj Kapoor, menerima anugerah ini sebagai perantaranya di Anugerah Filem Kebangsaan ke-19 pada 1971 dan dirinya sendiri menjadi seorang penerima pada 1987 di Anugerah Filem Kebangsaan ke-35.[6][7][a] Bommireddy Narasimha Reddy (1974) dan Bommireddy Nagi Reddy (1986);[10] Raj Kapoor (1987) dan Shashi Kapoor (2014); Lata Mangeshkar (1989) dan Asha Bhosle (2000) bersama dengan Baldev Raj Chopra (1998) dan Yash Chopra (2001) ialah orang-orang yang bersaudara yang memenangi anugerah itu.[11][12] Penerima paling terkini anugerah ini ialah pelakon Manoj Kumar yang menerima anugerah ini di Anugerah Filem Kebangsaan ke-63.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan