Anugerah Juara Lagu | |
---|---|
Semasa: Anugerah Juara Lagu ke-39 | |
![]() Logo Anugerah Juara Lagu | |
Jenis | Rancangan televisyen, anugerah ![]() |
Penerangan | Prestasi dalam industri muzik |
Negara | ![]() |
Disampaikan oleh | TV3 |
Kali pertama | 30 Disember 1986 |
Kini dipegang oleh | "Hening Rindu" Nyanyian: Marsha Milan Muzik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh Lirik: Ikhwan Fatanna |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | TV3 |
Tempoh tayangan | Kira-kira 3 jam |
Diterbitkan oleh | Primeworks Studios |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Anugerah Juara Lagu, atau yang biasa dikenali dengan akronim AJL, ialah pertandingan muzik tahunan yang popular di Malaysia, dianjurkan oleh TV3 sejak 1986. Ia menampilkan gubahan muzik dan lirik terbaik setiap tahun ia diadakan. Calon-calon diperoleh daripada senarai lagu-lagu yang kebanyakannya berbahasa Melayu yang telah mendapat undian terbanyak dalam Muzik Muzik sepanjang tahun, dan kemudian mara ke separuh akhir, yang mana dua belas lagu akan dicalonkan oleh panel hakim untuk menjadi pemenang Juara Lagu.
AJL lebih memberikan penghormatan kepada komposer dan penulis lirik lagu dan bukannya artis yang membuat persembahan.