Anugerah Peabody | |
---|---|
Fail:George Foster Peabody Awards.jpg | |
Jenis | Anugerah |
Penerangan | Atas pencapaian unggul dan perkhidmatan awam terpuji terbitan rangkaian dan stesyen televisyen dan radio, pertubuhan produksi, individu, mahupun Jaringan Sejagat. |
Negara | Amerika Syarikat |
Disampaikan oleh | Kolej Kewartawanan dan Komunikasi Massa Henry W. Grady, Universiti Georgia |
Kali pertama | 29 Mac 1941 |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Peabody atau nama penuhnya Anugerah George Foster Peabody (Peabody Awards atau George Foster Peabody Awards, disebut [pi-bo-di]) diberikan kepada penerbit cerita-cerita yang memberi impak besar dan kuat dalam wahana televisyen, radio dan media dalam talian dari seluruh dunia. Ia diasaskan sebuah jawatankuasa di bawah Persatuan Penyiar Negara Amerika Syrikat (National Association of Broadcasters) pada tahun 1940 dan dinamakan sempena George Foster Peabody (1852-1938), seorang dermawan dan pemilik bank dari Amerika Syarikat yang begitu terkenal atas usaha amal dan pergerakan dasar aktivis sosialnya di negara tersebut.
Sebanyak 60 calon-calon akhir dipilih dalam kalangan lebih 1000 peserta,[1][2] di mana setengah jumlah calon bakal pemenang anugerah ini diputuskan secara sebulat suara oleh sebuah lembaga juri.[3] Program dipilih mendapat pengiktirafan anugerah ini daripada salah satu daripada tujuh kategori iaitu berita, hiburan, dokumentari, rancangan kanak-kanak, pendidikan, program interaktif mahupun perkhidmatan awam. Setiap sertaan yang dimasukkan sendiri dalam pencalonan tersebut[4] dinilai berdasarkan pencapaian standard yang diwujudkan dalam konteksnya sendiri.[2]
|deadurl=
ignored (bantuan)