Anugerah Seri Angkasa | |
---|---|
Semasa: Anugerah Seri Angkasa 2024 | |
Jenis | Anugerah televisyen, radio award (en) |
Penerangan | Penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | Berita Harian |
Kali pertama | 1972 |
Tapak web | |
www.anugerahseriangkasa.gov.my | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Seri Angkasa ialah acara penganugerahan yang telah disiarkan di televisyen dan radio di Malaysia. Ia mula dicetuskan oleh Kementerian Penerangan Malaysia pada 1972 dan ia yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM merupakan anugerah berprestij yang mengiktiraf para penggiat penerbitan program-program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia.
Bagaimanapun mulai tahun 2004, kementerian telah membuka peluang kepada stesen-stesen penyiaran tempatan yang lain untuk turut serta mempertandingkan hasil penerbitan warga kerja masing-masing.
Ternyata peluang itu tidak disia-siakan dan ia mendapat sambutan dan kerjasama menggalakkan. Sejak dari itu, ASA mula mempertandingkan hasil kerja stesen-stesen penyiaran selain RTM seperti Astro, TV3, ntv7, 8TV, Star fm, Best 104, Cats FM, AMP, Manis FM dan IKIM FM.
Ini sekali gus menjadikan ASA bukan setakat medan untuk mempertandingkan hasil kerja para penggiat bidang penyiaran tetapi juga menjadi medan persaingan di kalangan stesen-stesen penyiaran terbabit.
Trend ini dapat dilihat apabila setiap stesen penyiaran berlumba-lumba menghantar pencalonan karya terbaik terbitan masing-masing.