Anugerah Shout! 2009 ialah sebuah majlis penganugerahan Shout! Awards yang julung kali dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada dan disiarkan secara langsung secara tiga jam di saluran 8TV, pada malam 17 Julai 2009. Penganugerahan ini dilancarkan oleh pihak 8TV dengan tujuan memberi penghargaan kepada mereka yang berbakat kreatif, progresif dan inovatif yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak yang besar demi menyemarakkan industri seni dan hiburan tanahair.
Anugerah Shout! 2009 | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Upacara anugerah ![]() | |||
Penerangan | Majlis anugerah buat penggiat seni dalam bidang Muzik, TV & Radio | |||
Tarikh | 17 Julai 2009 | |||
Lokasi | Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur | |||
Negara | ![]() | |||
Pengacara | Marion Caunter Soo Kui Jien Sarah Molko | |||
Anugerah terbanyak | Bunkface (3) | |||
Pencalonan terbanyak | Dato' Siti Nurhaliza (2) Marion Caunter (2) Nazrudin Rahman (2) | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | 8TV | |||
Tempoh tayangan | 3 jam | |||
Tapak web | ||||
[1] | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Anugerah Shout! Awards yang julung kali ini menawarkan 16 anugerah yang dibahagi kepada empat kategori industeri hiburan (muzik, TV dan filem, radio, "the works"), 15 darinya ditentukan melalui undian peminat dan satu lagi, iaitu "Ultimate Shout! Award" untuk juara keseluruhan, ditentukan dari kalangan pemenang-pemenang oleh sekumpulan panel juri yang diundang khas oleh pihak penganjur iaitu "Shout! Council". Majlis yang diacarakan oleh Marion Caunter, Soo Kui Jien dan pendatang baru Sarah Molko[1] ini, menyaksikan penguasaan kumpulan indie Bunkface yang merangkul hadiah Ultimate Shout! Award yang pertama.
Pada tahun 2010, siaran langsung Anugerah Shout! 2009 meraih anugerah khas juri dalam kategori Program Hiburan Khas (Tahunan) [2] di Anugerah Televisyen Asia yang dianjurkan di Singapura pada bulan Disember.