Anugerah Skrin 2010 | |
---|---|
Tarikh | 24 Disember 2010 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengacara | |
Penerbit | Nurhul Huda Khalid |
Pengarah | Nurhul Huda Khalid |
Penganjur | TV3 |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | Muallaf |
Siri Komedi Terbaik | Simpang 3 |
Siri Drama Terbaik | Nur Kasih |
Film Televisi Terbaik | Antara Garisan |
Penghargaan terbanyak | [[]] () |
Pencalonan terbanyak | [[]] () |
Liputan televisyen | |
Saluran | TV3 |
Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) berlangsung pada 24 Disember 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingkan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia, di samping satu Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad).[1]
Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.
Pemenang terbesar ASK 2010 ialah telefilem Antara Garisan yang merangkul empat anugerah dalam kategori Drama, termasuklah gelaran terulung Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, dan Lakon TV Terbaik.