Anugerah Skrin 2018 | |
---|---|
Tarikh | 2 November 2018 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia |
Penyampai pra-acara | |
Penerbit | Zaini Saiidi |
Pengarah | Tengku Sahilawati Tengku Jehori |
Penganjur | TV3 |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | Dukun |
Siri Komedi Terbaik | Mat Rukun |
Siri Drama Terbaik | Nur |
Film Televisi Terbaik | Pendosa Ingin Ke Syurga |
Penghargaan terbanyak | [[]] () |
Pencalonan terbanyak | [[]] () |
Liputan televisyen | |
Saluran | TV3 |
Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-22. ASK2018 kali ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam anugerah tetapi akan dikendalikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Awal Ashaari, Maya Karin, Naz Rahman, Zahirah MacWilson, Shuk Sahar, Elly Mazlein, Rosyam Nor, Nora Danish, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, dan Ayda Jebat. Majlis ini berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Youtube.[1][2]
Sebanyak 24 kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018 manakala pemenang enam lagi kategori iaitu Kategori Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober (Ahad) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. [3] 30 kategori ini dipecahkan kepada 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.[4]