Anupong Paochinda

Anupong Paochinda
อนุพงษ์ เผ่าจินดา
Menyandang jawatan
30 Ogos 2014
Perdana MenteriPrayut Chan-o-cha
Didahului olehCharupong Ruangsuwan
Dalam jawatan
1 Oktober 2007 – 30 September 2009
Didahului olehSonthi Boonyaratglin
Digantikan olehPrayut Chan-o-cha
Maklumat peribadi
Lahir (1949-10-10) 10 Oktober 1949 (umur 75)
Bangkok, Thailand
Parti politikIndependent
PasanganKunlaya Paochinda
Perkhidmatan tentera
KesetiaanThailand
Cabang/khidmatTentera Darat Diraja Thai
Tahun khidmat1972 - 2010[1]
PangkatJeneral

Jeneral Anupong Paochinda (lahir 10 Oktober 1949) adalah mantan Panglima Tentera Darat Thai dari tahun 2007 hingga bersara pada 30 September 2010.

Sewaktu berpangkat Leftenan Jeneral merangkap Panglima Wilayah Tentera Darat 1, Anupong telah dilantik sebagai ahli Majlis Keselamatan Negara, iaitu kumpulan yang membuat rampasan kuasa di Thailand 2006 dan menggulingkan kerajaan sementara Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Selepas rampasan kuasa tahun 2014, Anupong menjadi penasihat kepada junta yang menggelarkan dirinya "Majlis Negara bagi Keamanan dan Ketenteraman" (NCPO), dan pada Ogos 2014 menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan pasca kudeta Jeneral Prayut Chan-o-cha.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne