Ara

Ara
Julat zaman: Maastricht–Sekarang
Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Ara Sycamore, Ficus sycomorus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Tribus: Ficeae
Dumort.
Genus: Ficus
L.
Spesies

Sekitar 800, lihat sila lihat teks

Ara (Jawi: ارا turunan Proto-Austronesia *qaʀa[1]) atau tin (Jawi: تين serapan Arab: تِين, rumi: tīn[2] pinjaman lanjut dari Aramia: תינה tena[3]; bahasa Inggeris: fig) adalah tumbuhan dalam genus Ficus spp[2] yang terdiri daripada kira-kira 800 spesies pokok berkayu, renekan, dan penjalar dalam keluarga Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies tumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesiesnya malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok daun luruh.

Genus ini termasuk satu spesies Tin Kariah (F. carica) yang paling masyhur namun banyak spesies lain yang kurang ternama juga boleh dimakan walaupun tidak berapa popular. Contoh-contoh ara yang lain termasuk mas cotek dan beringin. Terdapat ara wild willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.

Buah ini diabadikan dalam Surah At-Tin kitab al-Quran. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antara tumbuhan terawal yang ditanam oleh manusia.[4]

  1. ^ "*qaʀa₁". Austronesian Comparative Dictionary Online. Dicapai pada 2024-06-15.
  2. ^ a b lihat:
    • Nihhal, Ibrahim (2009). معجم نحال في الأسماء العلمية للنباتات: لاتيني - عربي (دراسة نباتية لغوية بيئية وتاريخية) مع مسارد ألفبائية (dalam bahasa Arab dan Latin). 1. Beirut: Percetakan Pustaka Lubnan. m/s. 68. ISBN 978-9953-86-550-8.
  3. ^ Jeffery, Arthur (2007). The Foreign Vocabulary of the Quran. Leiden: Koninklijke Brill NV. m/s. 98. ISBN 90 04 15352 7.
  4. ^ Discovery channel - 2007

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne