Arka cerita

Arka cerita atau lekuk cerita ialah pembangunan secara kronologi dalam alur sesebuah novel atau cerita. Ia boleh juga merujuk kepada jalan cerita yang disambung atau diperpanjangkan dalam sesuatu media penceritaan berepisod seperti televisyen, buku komik, lerang komik, permainan papan, permainan video, dan filem dengan setiap episod mengikuti arka dramatik. Dalam program televisyen contohnya, cerita akan berkembang selama beberapa episod. Dalam siaran televisyen, penggunaan arka cerita adalah perkara biasa dalam komedi situasi, dan lebih banyak lagi dalam drama lipur lara. Dalam filem Hollywood tradisional, arka cerita biasanya mengikuti struktur tiga babak. Komik web lebih sesuai menggunakan arka cerita berbanding komik akhbar, kerana kebanyakan komik web mempunyai arkib dalam talian yang boleh dibaca oleh pembaca baru untuk memahami apa yang sedang berlaku. Walaupun arka cerita telah wujud selama beberapa dekad, salah satu kemunculan pertama istilah ini adalah pada 1973 oleh Majalah Time sebagai sinopsis wayang The Friends of Eddie Coyle: "He accomplishes this with no sacrifice to the pacing of his action sequences or the suspenseful development of his story's arc."[1]

  1. ^ "Friends of Friends". TIME. Jil. 102 no. 1. TIME USA, LLC. 2 Julai 1973. m/s. 53. Dicapai pada 10 Ogos 2023.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne