Artemis | |
---|---|
![]() Patung Artemis di Muzium Vatikan. | |
Tempat tinggal | Gunung Olympus |
Simbol | busur dan anak panah, rusa, anjing |
Tunggangan | Pedati perang ditarik sepasang rusa |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Zeus dan Leto |
Adik-beradik | Apollo |
Equivalents | |
Kesetaraan Etruska | Artume |
Kesetaraan Rom | Diana |
Artemis (Greek: Ἄρτεμις) adalah dewi perburuan, alam liar, haiwan liar, perawan, dan perbukitan dalam kepercayaan masyarakat Yunani Purba, dia anak hasil hubungan Zeus dan Leto, serta kembar Apollo. Dia dipercayai sebagai pembawa dan penghalau penyakit pada perempuan serta penolong dalam proses kelahiran anak.[1][2] Dia digambarkan sebagai pemburu membawa busur dan anak panah.[3]
Ada beberapa sejarawan berpendapat pendewian Artemis sendiri berasal dari suatu ketamadunan pra-Yunani yang lebih awal.[4][5][6][7] Artemis dihubungkan lanjut dengan Selene si dewi bulan,[8] dia setaraf Diana dalam mitologi Rom[9] dan dewi Artume dalam mitologi Etruska.[10] Selain itu, dia juga dikaitkan dengan dewi Hekate.[11]