Ungulat berjari genap Julat zaman: Eosen - Kini
Awal | |
---|---|
Tulang-tulang kaki kanan depan ahli Artiodactyla yang wujud. Dari kiri ke kanan: Babi (Sus scrofa), Rusa merah (Cervus elaphus), dan Unta (Camelus bactrianus). U = ulna, R = radius, c = cuneiform, l = lunar, s = Scaphoid, u = Unciform, m = Magnum, td = Trapezoid. In the Sheep and the Camel, the long compound bone, supporting the two main (or only) toes is the cannon bone. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Infrakelas: | |
Superorder: | |
Order: | Artiodactyla Owen, 1848
|
Suborder | |
Artiodactyla merupakan famili ungulat (haiwan bertelapuk) yang menanggung berat badannya dengan dua batang jari kaki, berbanding dengan sebatang jari seperti Perissodactyla.
Artiodactyla berasal dari bahasa Yunani, iaitu ἄρτιος (ártios), "genap", dan δάκτυλος (dáktylos), "jari"), yakni ungulat berjari genap.[1] Antara anggotanya ialah babi, badak air, unta, kancil, rusa, zirafah, antelop, kambing, kerbau dan lembu. Kelompok ini tidak termasuk ikan paus (Cetacea) walaupun data jujukan DNA menunjukkan bahawa ikan paus sama leluhur dengan Artiodactyla, maka kelompok ini parafiletik. Secara tepat filogenetik, kumpulannya ialah Cetartiodactyla (yakni Cetacea + Artiodactyla).[2]
Terdapat kira-kira 220 spesies Artiodactyla, termasuklah sejumlah besar yang amat penting kepada manusia dari segi pemakanan, ekonomi mahupun kebudayaan.
Satu lagi ciri yang membezakan kelompok Artiodactyla adalah bentuk astragalus (talus), iaitu tulang di sendi buku lali yang mempunyai struktur dwitakal yang membolehkan kura kakinya lentur.[3]