Asmah Haji Omar | |
---|---|
اسمى حاج عمر | |
![]() Asmah pada 2024 | |
Kelahiran | Asmah binti Omar 5 Mac 1940 |
Warganegara | Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Pekerjaan | Ahli akademik |
Prof. Emeritus Dato' Dr. Hajah Asmah binti Haji Omar (lahir 5 Mac 1940) ialah pakar Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.[1] Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.[2] Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.