Astana Idaman merupakan sebuah drama Melayu yang ditayangkan di Astro Ria sekitar tahun 2001 hingga 2003. Ditayangkan sebanyak 3 musim, drama ini mengikut acuan drama lipur lara dari Amerika.
Astana Idaman | |
---|---|
Genre | Drama Korporat Cinta Konflik Keluarga Dendam |
Dibintangi oleh | Rozie Othman Hamidah Wahab Jalaluddin Hassan Maria Farida Zachery X-Factor Cheryl Samad |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit per episod |
Syarikat penerbitan | Antah UTV (musim 1) Small Fries Pictures (musim 2) Nusantara Seni Karya (musim 3) |
Penyiaran | |
Saluran asal | NTV7 Astro Ria |
Siaran asal | 2001 – 2003 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Idaman |
Astana Idaman merupakan siri drama pertama Malaysia yang diterbitkan oleh tiga syarikat berbeza untuk setiap musimnya iaitu Antah UTV (musim pertama), Small Fries Pictures (Astana Idaman 2) dan Nusantara Seni Karya (Astana Idaman 3). Sepanjang siri ini ke udara sebanyak 3 musim, hanya sebanyak 4 watak yang kekal di dalam semua musim iaitu Maria Firdaus (Maria Farida), Mikhail Firdaus (Zack X-Factor), Sarafina Mahzan (Cheryl Samad) dan Datuk Mansoor (Datuk Jalaluddin Hassan). Bagi musim kedua dan ketiga, lagu 'Bukan itu Bukan ini' yang dipopularkan oleh Zainal Alam Kadir dan Kumpulan Sutera menjadi lagu tema bagi siri ini.