Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Penyiaran, media massa, penstriman, jalur lebar internet, hiburan, penghasilan filem |
Ditubuhkan |
|
Pengasas | Ananda Krishnan |
Ibu pejabat | All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong-Sungai Besi, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (Pengerusi Astro) Euan Smith (Ketua Pegawai Eksekutif Astro) |
Keluaran | Satelit siaran terus TV mudah alih TV Internet |
Pendapatan bersih | ▲ RM447.95 juta (2014)[1] |
Pemilik | Usaha Tegas |
Anggota |
|
Syarikat induk | Astro Malaysia Holdings Berhad |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Astro (Jawi: استرو; All-Asia Satellite Television and Radio Operator) (MYX: ASTRO) ialah sebuah penyedia perkhidmatan televisyen digital satelit dan radio berbayar pertama di Malaysia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (AABC) (Bahasa Melayu: Pusat Penyiaran Seluruh Asia) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd. Perkhidmatan penyiaran Astro kini bukan terhad kepada digital satelit berbayar pertama sahaja, bahkan juga menerusi Wi-Fi Fibre Optik (Astro Fibre), aplikasi perstriman premium Sooka dan penyiaran satelit percuma (NJOI).