Astro Mobile TV

Astro Mobile TV ialah perkhidmatan penstriman video ke telefon bimbit (OTT) yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2008 oleh syarikat pengendali televisyen satelit, Astro Malaysia sebagai komponen penting dalam perkhidmatan interaktif mudah alih yang ditawarkan. Pada masa itu, perkhidmatan ini hanya menawarkan sekitar 20 saluran kepada pelanggan yang menggunakan Kad SIM Maxis yang memiliki telefon bimbit 2.5G atau 3G. Maxis menawarkan khidmat TV seumpama ini iaitu Maxis TV yang menawarkan saluran yang serupa dengan Astro Mobile TV. Setelah 5 tahun beroperasi,Astro Mobile TV telah menghentikan operasinya pada tahun 2012 dan ia di gantikan dengan Astro On-The Go (kini Astro Go) untuk perkhidmatan telefon pintar 4G dan 5G kini kerana peredaran zaman kini.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne