Atari Jaguar

Atari Jaguar
PembangunAtari Corporation
PengilangIBM
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelima
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat 15 November 1993
Jepun 21 November 1994
MediaKatrij ROM

Atari Jaguar merupakan sebuah konsol permainan video yang telah dibangunkan oleh syarikat permainan video Atari Corporation. Konsol ini merupakan konsol terakhir yang dibangunkan di bawah jenama Atari[1], dikeluarkan di kawasan Amerika Utara pada bulan November 1993. Konsol ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi 64-bit, namun ianya dikeluarkan bertujuan untuk bersaing dengan pasaran konsol 16-bit pada ketika itu iaitu Sega Genesis, Super Nintendo Entertainment System dan 3DO Interactive Multiplayer

Pembangunan konsol Atari Jaguar bermula sekitar tahun 1990-an, dan telah direka oleh sebuah syarikat pengeluar komponen komputer yang berpangkalan di United Kingdom, Flare Technology[2]. Syarikat Flare Technolgy telah ditugaskan untuk mereka dua jenis konsol; Atari Panther yang akan bersaing dengan konsol Sega Genesis dan Super Nintendo Entertainment System, manakala konsol Jaguar pula mempunyai spesifikasi yang teramat maju[2]. Oleh kerana masa pembangunan konsol Jaguar terlalu cepat, pembangunan konsol Panther dibatalkan dan tarikh pelancaran konsol Jaguar dipercepatkan[3].

Konsol ini dikritik kerana memiliki reka bentuk alat pengawal yang terlalu kompleks dan kualiti permainan video yang tidak begitu baik[4]. Konsol ini menggunakan beberapa cip mikropemproses yang sangat kompleks menyebabkan pembangunan permainan video menjadi lebih sukar serta kekurangan sokongan dari pihak ketiga. Hanya 67 permainan video sahaja dikeluarkan untuk konsol ini.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama venture
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama retro
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama week
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama critic

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne