Aubrey Plaza | |
---|---|
![]() Plaza pada 2019 | |
Kelahiran | Aubrey Christina Plaza 26 Jun 1984 |
Pendidikan | Tisch School of the Arts |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2007-kini |
Kerjaya lawak | |
Media | Berdiri, televisyen, filem |
Subjek | Komedi pengamatan |
Aubrey Christina Plaza[1] (lahir 26 Jun 1984)[2] merupakan seorang pelakon dan pelawak Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi watak April Ludgate dalam sitkom NBC Parks and Recreation. Selepas muncul sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, Plaza menerima peranan utama pertamanya dalam filem komedi 2012 Safety Not Guaranteed. Plaza kini berlakons sebagai Lenny Busker dalam siri FX Legion.
Plaza memulakan kerjayanya sebagai pelatih. Setelah mempersembahkan komedi improvisasi dan lakaran di The Upright Citizens Brigade Theatre, beliau muncul dalam siri web The Jeannie Tate Show. Beliau kemudian muncul dalam filem-filem seperti Funny People (2009), Scott Pilgrim vs. the World (2010), 10 Years (2011), Dirty Grandpa (2016), dan Mike and Dave Need Wedding Dates (2016).