Fil Marsyal August von Mackensen | |
---|---|
![]() | |
Nama lahir | Anton Ludwig Friedrich August von Mackensen |
Nama samaran | Hussar Terakhir |
Kelahiran | Haus Leipnitz, Provinsi Saxony, Kerajaan Prusia, Konfederasi Jerman | 6 Disember 1849
Meninggal dunia | 8 November 1945 Habighorst, Provinsi Hanover, Jerman Taklukan Bersekutu[1] | (umur 95)
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Perkhidmatan | ![]() ![]() ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1869–1920 |
Pangkat | ![]() |
Unit | Hussar |
Arahan | Kumpulan Tentera Darat Mackensen |
Pertempuran | Perang Perancis-Prusia Perang Dunia I |
Anugerah | Grand Cross of the Iron Cross Pour le Mérite berserta Daun Oak Order of the Black Eagle |
Hubungan | Eberhard von Mackensen (anak) de:Hans Georg von Mackensen (anak) |
Tandatangan | ![]() |
Anton Ludwig Friedrich August von Mackensen (6 Disember 1849 – 8 November 1945), lahir August Mackensen, adalah seorang Fil Marsyal Jerman.[2] Beliau memerintah dengan sangat berjaya semasa Perang Dunia I dan menjadi salah seorang panglima tentera Empayar Jerman yang paling terkenal dan kompeten. Selepas Peletakan Senjata 11 November 1918, Mackensen telah ditahan selama setahun. Beliau bersara dari tentera pada 1920 dan dijadikan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Prusia pada 1933 oleh Hermann Göring. Semasa era Nazi, Mackensen kekal monarkis yang komited dan kadangkala muncul di acara-acara dengan berpakaian seragam Perang Dunia I. Beliau disyaki tidak setia kepada Reich Ketiga, namun tiada bukti mengenainya.