Ayer Keroh

Ayer Keroh
ايير كروه
Bandar
Pintu Gerbang Ayer Keroh
Pintu Gerbang Ayer Keroh
Bendera Ayer Keroh ايير كروه
Mohor rasmi Ayer Keroh ايير كروه
Negara Malaysia
Negeri Melaka
Pembentukan bandar
satelit
1968
DaerahMelaka Tengah
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah71,392
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dilihat
Poskod
75450

Ayer Keroh (Jawi: ايير كروه, Sebutan bahasa Melayu: [ajɛr kərɔh]) ialah sebuah bandar yang terletak di mukim Bukit Katil dalam negeri Melaka, Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada bandar satelit di Malaysia yang dibangunkan sejak tahun 1968[1] sehingga kini dan mudah diakses kerana dihubungkan secara terus melalui Lebuhraya Utara-Selatan[2]. Ayer Keroh bersempadan dengan Bukit Beruang[3], Bukit Katil dan Bukit Baru serta memiliki beberapa laluan yang menghubungkan bandar ini ke bandar atau pekan lain di Melaka.

Ayer Keroh mula menjadi perhatian ketika zaman pemerintahan British di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat kerana lokasinya yang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan takungan air bersih untuk disalurkan ke Bandar Melaka[4]. Pada ketika itu, Ayer Keroh merupakan sebahagian daripada kawasan hutan rizab Bukit Beruang. Pada tahun 1968, Kerajaan Negeri Melaka menjadikan Ayer Keroh sebagai bandar satelit bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin meningkat[5]. Pada tahun 2002, projek Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka mula dibangunkan di atas kawasan berkeluasan 69.2 hektar di Ayer Keroh dalam misi menjadikan Ayer Keroh sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran kerajaan[6].

Ayer Keroh termasuk dalam beberapa kawasan yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sejak tahun 2010 selepas pentadbirannya diambil alih daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)[7]. Kompleks Seri Negeri yang terletak di Ayer Keroh berfungsi sebagai bangunan pentadbiran kerajaan negeri[3] dan lokasi sidang Dewan Undangan Negeri Melaka[8]. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri Melaka melancarkan Rancangan Kawasan Khas Zon Pelancongan Ayer Keroh yang bertujuan untuk menyediakan pelan pembangunan dan naik taraf beberapa lokasi yang dipilih di sekitar Ayer Keroh[9].

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sejarah22
  2. ^ Amir Mamat (13 Oktober 2021). "Melancong ke Melaka bermula Jumaat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2021. Dicapai pada 18 Oktober 2024.
  3. ^ a b Reza A Hamid (25 Februari 2022). "UTeM, Bukit Beruang, Seri Negeri bergegar akibat gempa bumi di Indonesia". MalaysiaGazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2022. Dicapai pada 18 Oktober 2024.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sejarah7
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sejarah21
  6. ^ Mohamad Yatim Latip (11 Oktober 2003). "MITC to be focal point". New Straits Times. m/s. 14. Dicapai pada 18 Oktober 2024.
  7. ^ Martin Carvalho (2 Januari 2010). "Malacca ushers in 2010 with new Hang Tuah Jaya municipality". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2018. Dicapai pada 18 Oktober 2024.
  8. ^ Liana Sahabudin (5 Mac 2024). "Sidang DUN Melaka penggal ketiga buka tirai secara rasmi". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2024. Dicapai pada 19 Oktober 2024.
  9. ^ Hadi Ab Manap (29 Mac 2021). "Kerajaan beri ruang rakyat bersuara daraf RKK zon pelancongan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2021. Dicapai pada 18 Oktober 2024.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne