Ayurveda

Dhanvantari, dewa Ayurveda

Ayurveda (Devanāgarī: आयुर्वेद, 'pengetahuan lengkap tentang ilmu lanjut usia') ialah sistem perubatan tradisional India[1] yang juga diamalkan di wilayah-wilayah lain sebagai suatu bentuk perubatan alternatif.[2] Dalam bahasa Sanskrit, perkataan Ayurveda [3] terdiri daripada perkataan āyus yang bermakna 'hidup lama', dan veda yang bermakna 'berkaitan dengan pengetahuan' atau 'sains'.[1] Perubatan Ayurveda berkembang pada sepanjang sejarahnya di Asia Selatan.[4] Karya terawal Ayurveda muncul sewaktu zaman Veda di India.[2] Sushruta Samhita dan Charaka Samhita merupakan karya yang terpengaruh dalam bidang perubatan tradisional sewaktu zaman ini.[2] Para pengamal Ayurveda juga memperkenalkan sebilangan ubat dan tatacara pembedahan untuk pelbagai kesakitan dan penyakit.[5]

Seperti warisan dan sains India, "Ayurveda" ialah suatu Upaveda atau lampiran kepada empat buah buku Veda utama (sistem pengetahuan). Buku perubatan Ayurveda yang terkenal termasuklah Charaka Samhita, karya Pendeta Charaka, yang memperincikan pencegahan dan rawatan penyakit, dan Sushruta Samhita, karya Pendeta Sushruta, yang memerihalkan tatacara pembedahan Ayurveda. Dalam sistem Ayurveda, pencegahan semua jenis penyakit mempunyai tempat berpengaruh dalam rawatan, termasuk menyelaraskan gaya hidup pesakit dengan perjalanan tabii dan empat musim demi menjamin kesihatan tuntasnya.

Perubatan Ayurveda dianggap sebagai sebentuk perubatan pelengkap dan alternatif (CAM) di Dunia Barat di mana beberapa kaedahnya seperti penggunaan ubat herba, urut, yoga, dan senaman telah digunakan sebagai suatu bentuk rawatan CAM.[6] Sesungguhnya, pencapaian terapi Ayurveda tidaklah unik kerana terapinya juga terdapat dalam sistem perubatan Unani, perubatan Greece, dan perubatan Islam.

  1. ^ a b Chopra, page 75
  2. ^ a b c Department of Ayurveda, Yoga & Naturopathy, Unani, Siddha and Homoeopathy. Ministry of Health & Family Welfare (Government of India).
  3. ^ Maharishi Mahesh Yogi on the Bhagavad-Gita, a New Translation and Commentary, Chapter 1-6. Penguin Books, 1969, p 262 (v 7)
  4. ^ In Sharma & Bodeker 2008 and Chopra 2003
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Dwivedi&Dwivedi07
  6. ^ "A Closer Look at Ayurvedic Medicine. NIH: Focus on Complementary and Alternative Medicine, Volume XII, Number 4: Fall 2005/Winter 2006. National Center for Complementary and Alternative Medicine, National Institutes of Health". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-09. Dicapai pada 2009-11-07.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne