B-2 Spirit | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pengebom halimunan |
Pengeluar | Northrop Corporation Northrop Grumman |
Penerbangan sulung | 17 Julai 1989 |
Mula digunakan | April 1997 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 21 buah[1][2] |
Kos seunit | AS$ 737 juta (kos perolehan purata pada 1997)[3] AS$ 2.1 bilion (kos purata keseluruhan program 1997)[3] |
Northrop Grumman B-2 Spirit merupakan sebuah pesawat pengebom, pelbagai peranan dan halimunan milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat ini berupaya untuk membawa dan melancarkan senjata kenvensional dan nuklear. Pembangunannya merupakan penanda aras dalam program pemodenan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Teknologi halimunan pesawat pada B-2 bertujuan untuk membantu untuk menyelamatan diri semasa melaksanakan misi menembusi sistem pertahanan udara dan anti pesawat musuh yang mana sukar untuk dilakukan oleh pesawat tempur biasa. Walaupun begitu, pesawat B-2 Spirit tidak mampu terbang laju dan senang dimusnahkan sekiranya dikesan atau dilihat.