Syarikat induk | Peterson's |
---|---|
Diasaskan pada | 1939 |
Pengasas | Manuel Barron |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Lokasi ibu pejabat | Hauppauge, New York |
Orang utama | Manuel Barron, CEO |
Jenis penerbitan | Buku |
Laman web rasmi | bes-publishing |
B.E.S. Publishing ialah sebuah syarikat penerbitan Amerika yang diasaskan pada tahun 1939 sebagai Barron's Educational Services ("Perkhidmatan Pendidikan Barron"), iaitu sebuah penerbit bahan untuk membantu pelajar bersiap sedia untuk peperiksaan kemasukan kolej. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Barron's berkembang ke banyak bidang penerbitan lain, dengan 2,000 judul dalam pelbagai kategori. Pada tahun 2018, Barron's menjual nama jenamanya dan senarai persiapan ujiannya kepada Kaplan Test Prep; syarikat tersebut dinamai semula B.E.S. Publishing.[1] Syarikat tersebut diambil alih oleh Peterson's Publishing pada tahun 2019.[2] Pada tahun 2021, Peterson's Publishing menjual B.E.S. Publishing kepada penerbit berpangkalan di Illinois, iaitu Sourcebooks, LLC.[3]
Ibu pejabat B.E.S. Publishing dahulunya adalah di Hauppauge, New York. Beberapa siri semasa dan terdahulu termasuk: