![]() | |
Jenis | Rangkaian televisyen Satelit dan Kabel |
---|---|
Negara | ![]() |
Kawasan penyiaran | Antarabangsa |
Ibu pejabat | Broadcasting House |
Pemilikan | |
Pemilik | BBC BBC Studios (Dahulu BBC Worldwide) |
Sejarah | |
Dilancarkan | 26 Januari 1995 |
Ditutup | ![]() |
Nama lama | BBC World Service Television (1991-1995) |
Pautan | |
Laman web | BBC News Laman Web |
Ketersediaan | |
Wahana penstriman | |
![]() | Astro GO / On Demand |
![]() | playTV@unifi / On Demand |
BBC News (Dahulu dikenali sebagai BBC World News atau BBC World News Service) merupakan sebuah saluran televisyen berita dan hal ehwal antarabangsa BBC yang menikmati jumlah penonton terbesar di kalangan semua saluran BBC. BBC World bersiaran selama 24 jam sehari dengan rancangan-rancangan termasuk buletin BBC News, dokumentari, rancangan gaya hidup dan wawancara. Pesaing global utamanya ialah CNN International, namun banyak juga syarikat penyiaran berita utama yang turut bersaing. BBC World dianggap sebagai saluran berita yang teramai penontonnya, menewaskan CNN dan Al Jazeera English.
Saluran ini dipancarkan oleh Red Bee Media dari pusat rangkaiannya di Pusat Penyiaran, sebahagian daripada BBC Media Village di White City, London barat. Segala hasil berita dipetik dari Pusat Televisyen yang berdekatan di mana BBC World mempunyai sebuah bilik berita yang berasingan daripada bahagian-bahagian BBC News yang lain. Bilik berita ini memberi output dari 0500-0030 Waktu Britain setiap hari kerja dan dari 0600-0030 setiap hujung minggu. Output berita dari 0100-0500 berasal dari studio saluran tempatan UK iaitu BBC News 24.
Meskipun studio berita BBC World menghasilkan outputnya dalam format 16:9 SDTV seiringan dengan kandungan bahagian BBC News yang lain, BBC World dipancar dalam format 4:3. Output berita diubah kepada bingkai 14:9 untuk penyiaran digital dan analog, maka terhasilnya jalur hitam di atas dan bawah skrin.
BBC World dinamakan sebagai Saluran Berita Antarabangsa Terbaik di Anugerah AIB pada bulan November 2006.[1]