![]() | |
Nama penuh | BMW Sauber F1 Team |
---|---|
Pangkalan | Munich, Jerman |
Pengasas | Mario Theissen |
Kakitangan terbaik | Mario Theissen Peter Sauber Willy Rampf |
Pemandu terbaik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Enjin | BMW P86/9 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Bahrain 2006 |
Perlumbaan | 70 |
Kejuaraan Pengeluar | 0 (Keputusan terbaik: Ke-2 - 2007) |
Kejuaraan Pemandu | 0 (Keputusan terbaik: Ke-4 - Robert Kubica, 2008) |
Kemenangan perlumbaan | 1 |
Podium | 16 |
Petak pertama | 1 |
Pusingan terpantas | 2 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2009 |
BMW membeli pasukan Formula Satu Sauber pada bulan Jun 2005 untuk membentuk BMW Sauber F1 Team. Pasukan bertapak di ibu pejabat Sauber di Hinwil, Switzerland, dan ibu pejabat BMW di Munich, Jerman.
Pasukan mendapat dua podium dan menamatkan musim di tangga kelima dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia pada tahun 2006, iaitu musim pertama mereka dalam Formula Satu. Pasukan mendapat tempat kedua dalam kejuaraan tahun 2007 selepas pasukan McLaren disingkirkan daripada kejuaraan tahun tersebut. Pemandu Poland, Robert Kubica, mendapat satu-satunya kemenangan BMW Sauber di Grand Prix Kanada 2008. Berikutan musim yang mengecewakan pada tahun 2009, BMW menarik diri dari Formula Satu dan menjual pasukan tersebut kembali kepada pengasas pasukan, Peter Sauber.