Ba gua

64

Ba gua (Bahasa Cina: 八卦pinyin: bāguàWade-Giles: pakua; secara harfiahnya "lapan lambang") merupakan lapan diagram yang digunakan dalam ilmu kosmologi Tao untuk melambangkan prinsip-prinsip atas alam nyata yang dipandang sebagai lapan konsep yang saling bersangkut paut. Setiap satunya terdiri daripada tiga garis, setiap satunya "patah" atau "tak patah", yang masing-masing melambangkan yin dan yang. Oleh sebab strukturnya yang bertiga, ia juga sering dipanggil "trigram".

Trigram-trigram ini berkaitan dengan falsafah taiji dan "lima unsur".[1] Hubungan sesama trigram-trigram ini dilambangkan dalam dua susunan, iaitu Lapan Lambang Syurga Asal (先天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Fuxi" (伏羲八卦), dan Lapan Lambang Syurga Kemudian (後天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Raja Wen" (文王八卦). Trigram-trigram ini menunjukkan persamaan dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi, geomansi, anatomi, kekeluargaan, dan lain-lain.[3][4]

Naskhah klasik Cina Buku Perubahan terdiri daripada 64 pasangan trigram (iaitu "heksagram") yang boleh diperoleh serta huraian-huraian tentangnya.

八卦 Bāguà—Lapan trigram
乾 Qián
兌 Duì
離 Lí
震 Zhèn
巽 Xùn
坎 Kǎn
艮 Gèn
坤 Kūn
Langit Rawa Api Petir Angin Air Gunung Tanah
天 Tiān 澤 Zé 火 Huǒ 雷 Léi 風 Fēng 水 Shuǐ 山 Shān 地 Dì
  1. ^ CHEN, Xin (tr. Alex Golstein).The Illustrated Canon of Chen Family Taijiquan, INBI Matrix Pty Ltd, 2007. ms. 11. (dicapai di Scribd.com, December 14, 2009.)
  2. ^ a b Wilhelm, Richard (1950). The I Ching or Book of Changes. Princeton, NJ: Princeton University Press. m/s. 266, 269. ISBN 069109750X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ TSUEI, Wei.Roots of Chinese culture and medicine Diarkibkan 2012-08-12 di Wayback Machine Chinese Culture Books Co., 1989.
  4. ^ ZONG, Xiao-Fan dan Liscum, Gary.Chinese Medical Palmistry: Your Health in Your Hand, Blue Poppy Press, 1999.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne