Bacang | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Keluarga: | Anacardiaceae |
Genus: | Mangifera |
Spesies: | M. foetida
|
Nama binomial | |
Mangifera foetida |
Bacang (Jawi: باچڠ), macang atau embacang (nama botani: Mangifera foetida)[2][3] ialah sejenis spesies pokok buah daripada genus Mangifera dalam keluarga mangga iaitu Anacardiaceae yang terdapat di Asia Tenggara.
Buah bacang seperti juga buah kuini iaitu mempunyai beberapa persamaan terutama dari segi bentuk, rasa, aroma dan struktur isinya. Antara perbezaan jelas ialah kandungan serat dalam bacang lebih keras berbanding dengan kuini. Ia merupakan buah yang eksotik ditanam di kawasan kampung secara dusun bercampur dengan pokok buah-buahan lain seperti durian, langsat, duku, kelapa, mangga, rambai dan sebagainya.