Baekje 백제(百濟) | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
18 SM–660 | |||||||||||
Ibu negara | Wirye (18 BC–475 AD) Ungjin (476–538) Sabi (538–660) | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Korea Lama | ||||||||||
Agama | Buddha, Konfusianisme, Kepawangan | ||||||||||
Kerajaan | Raja | ||||||||||
Raja | |||||||||||
• 18 SM - 28 | Onjo | ||||||||||
• 346 - 375 | Geunchogo | ||||||||||
• 523 - 554 | Seong | ||||||||||
• 641 - 660 | Uija | ||||||||||
Era Sejarah | Kuno | ||||||||||
• Penubuhan | 18 SM 18 SM | ||||||||||
• Kempen Raja Geunchogo | 346 - 375 | ||||||||||
• Pengenalan agama Buddha | 385 | ||||||||||
• Kejatuhan Sabi | 18 Julai 660 660 | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
• | 3,800,000[perlu rujukan] (660 M) | ||||||||||
|
Baekje | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 백제 |
Hanja | 百濟 |
Perumian Semakan | Baekje |
McCune–Reischauer | Paekche |
Baekje atau Paekche (Hangul: 백제 ; Hanja: 百濟 ,sebutan bahasa Korea: [pɛk̚tɕ͈e]) (18 SM – 660 M) ialah sebuah negara kuno yang pernah bertapak di Korea barat daya. Baekje bersama Goguryeo dan Silla merupakan Tiga Kerajaan Korea lama.
Baekje diasaskan oleh Onjo, putera ketiga pengasas Goguryeo, Jumong dan So Seo-no, di Wirye-sung (sekitar Seoul masa kini). Seperti Goguryeo, Baekje mengaku mewarisi negeri Buyeo yang ditubuhkan di kawasan Manchuria sewaktu kejatuhan Gojoseon.
Baekje bermusuh dan bersekutu bersilih ganti dengan Goguryeo dan Silla ketika ketiga-tiga kerajaan ini semakin menguasai semenanjung Korea. Di kemuncaknya pada abad ke-4, Baekje menguasai jajahan di China dan bahagian barat Semenanjung sejauh Pyongyang. Baekje menjadi sebuah kuasa laut serantau yang penting, dengan menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan China dan Jepun.
Pada tahun 660, Baekje ditumpaskan oleh perikatan negeri Silla dan China yang diperintah Dinasti Tang, lalu berserah kepada Silla Bersatu.