Bahagian Serian

Serian ialah sebuah kawasan bahagian pentadbiran yang berkeluasan kira-kira sebanyak 2,039.9 kilometer persegi (atau 787.6 batu persegi) yang dipisahkan pada 11 April 2015 dari kawasan Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 40 batu (64 km) dari Kuching. Kawasan Bahagian Serian ini terbahagi kepada tiga buah daerah penting, iaitu Daerah Serian, Daerah Siburan, dan Daerah Gedong. Selain daripada itu, terdapat juga tiga daerah kecil di dalam Bahagian Serian ini, iaitu Daerah Kecil Tebedu, Daerah Kecil Tebakang, dan Daerah Kecil Balai Ringin.

Bahagian Serian
Tasik Danu (Serian Lake Garden), Serian
Tasik Danu (Serian Lake Garden), Serian
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
Daerah
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
  • Majlis Daerah Serian (MDS)
  • Pejabat Daerah Siburan
  • Pejabat Daerah Gedong
  • Pejabat Daerah Kecil Balai Ringin
  • Pejabat Daerah Kecil Tebedu
  • Pejabat Daerah Kecil Tebakang
 • Pegawai ResidenCaroline Cleophas Joseph
 • Pengerusi MDSEnting @ Inting anak Nyami
Keluasan
 • Jumlah2,039.9 km2 (787.6 batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
94700
Nombor plat kenderaanQC
Laman sesawangserian.sarawak.gov.my

Diisytiharkan secara rasmi sebagai bahagian ke-12 di Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan bin Hj Satem pada 11 April 2015[1][2].

Bahagian Serian ini sungguh terkenal dengan buah durian, yang kini semakin popular dan boleh dipercayai sebagai buah tempatan yang sangat sedap dan terbaik di Wilayah Sarawak. Ini telah mendorong Majlis Daerah Serian untuk mendirikan sebuah replika monumen buah durian, yang juga digelar sebagai "Bandar Buah Durian". Monumen ini dibina tepat di tengah dataran Bandar Serian.

Walau bagaimanapun, monumen-monumen lain seperti patung harimau dan monumen kerbau yang terbaru dilihat sangat kurang sesuai dan tidak relevan dengan kawasan Bandar Serian, bahkan ada yang mengatakan patung berkenaan mampu membuatkan para pengunjung tidak dapat melihat replika ikonik durian gergasi berkenaan, yang juga menjadi simbol rasmi Bahagian Serian.

Bandar ini mempunyai hubungan yang baik dengan kawasan pedalamannya yang kaya melalui jalan darat dan air dan oleh itu seseorang boleh menemui pelbagai jenis hasil hutan yang terdapat di pasaran hasil hutan tetapi akhir-akhir ini, kebanyakan hasil ini dibawa masuk dari Kalimantan, Indonesia kerana harganya lebih murah.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne