Bahagian Betong | |
---|---|
Koordinat: 1°40′56″N 111°29′01″E / 1.6821565°N 111.4836165°EKoordinat: 1°40′56″N 111°29′01″E / 1.6821565°N 111.4836165°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Daerah | Betong, Pusa, Kabong, Saratok |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Kabong Majlis Daerah Pusa Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Saratok Pejabat Daerah Debak Pejabat Daerah Kecil Spaoh Pejabat Daerah Kecil Budu Pejabat Daerah Kecil Roban Pejabat Daerah Kecil Maludam |
Keluasan | |
• Jumlah | 4,181 km2 (1,614 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 105,743 |
• Kepadatan | 25/km2 (66/batu persegi) |
Demografi | |
• Etnik | Melayu (51.5%) Iban (43.6%) Cina (4.8%) Lain-lain (1.1%) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman sesawang | betong |
Bahagian Betong ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia memiliki keluasan sebanyak 4,180 kilometer persegi dan merupakan bahagian pentadbiran paling kecil di Sarawak. Secara rasmi, Bahagian Betong dipecahkan kepada lima daerah Betong, Kabong, Daerah Debak, Pusa dan Saratok dan empat daerah kecil iaitu Daerah Kecil Roban, Daerah Kecil Maludam, Daerah Kecil Spaoh dan Daerah Kecil Budu.[2][3] Jumlah penduduk ialah seramai 105743 orang (tahun 2010).[4]