Bahasa Jepun Pertengahan Akhir

Bahasa Jepun Pertengahan Akhir
中世日本語
KawasanJepun
EraBerevolusi menjadi bahasa Jepun Moden Awal pada abad ke-17
Bahasa-bahasa Jepun
Bentuk awal
Hiragana, Katakana, dan Kanji
Kod bahasa
ISO 639-3
GlottologTiada
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Jepun Pertengahan Akhir (中世日本語, chūsei nihongo) merupakan suatu peringkat perkembangan bahasa Jepun yang mengikuti bahasa Jepun Pertengahan Awal dan mendahului bahasa Jepun Moden Awal.[1] Ia merupakan sebuah tempoh peralihan yang melibatkan pengguguran pelbagai ciri-ciri arkaik pada bahasa tersebut dan menjadi lebih dekat dengan bentuk modennya.

Tempoh ini menjangkau kira-kira 500 tahun dari abad ke-12 hingga abad ke-16 dan lazimnya terbahagi kepada tempoh Awal dan Akhir.[2] Dari segi politik, peringkat awal bahasa Jepun Pertengahan Akhir adalah pada penghujung zaman Heian, yang dikenali sebagai zaman Insei dan Kamakura. Peringkat akhir perkembangan bahasa Jepun Pertengahan Akhir melibatkan zaman Muromachi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne