Bahasa Melayu Terengganu بهاس ملايو ترڠݢانو | |
---|---|
Base Tranung Ccakak Tranung | |
Asli kepada | Malaysia |
Kawasan | Terengganu, Pahang, Johor dan Kepulauan Anambas |
Etnik | Melayu Terengganu |
Penutur bahasa | 1,300,900-1,500,000 |
Austronesian
| |
Dialek/loghat |
|
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | - |
Kawasan majoriti penutur Melayu Terengganu Pantai
Kawasan majoriti penutur Melayu Terengganu Hulu
Kawasan minoriti penutur Melayu Terengganu Pantai |
Bahasa Melayu Terengganu (ccakak Tranung atau base Tranung; tulisan Jawi: بهاس ملايو ترڠݢانو) adalah bahasa lisan setempat bahasa Melayu yang digunakan di negeri Terengganu, Malaysia kecuali di Pulau Perhentian, daerah Besut dan bahagian utara daerah Setiu di utara Terengganu kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Terengganu seperti di pesisir sebelah timur Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing, Tanjung Sedili) dan sehingga ke Kepulauan Anambas.[1][sumber tak boleh dipercayai?] Bahasa ini tidak mudah difahami oleh penutur varian-varian Melayu/Malayik yang lain. Walaupun berkongsi banyak persamaan dengan Kelantan-Patani dan Pahang, namun terdapat perbezaan ketara dari segi fonologi, lenggok percakapan dan kosa kata yang digunakan dalam perbualan seharian lantas menyebabkan tidak semua perkataan Terengganu dapat difahami oleh penutur Kelantan-Patani dan Pahang.