Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya | |
---|---|
(terusul) | |
Taburan geografi: | sebahagian besar Borneo sebahagian Sumatera, Jawa barat dan Tanah besar Asia Tenggara |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
Pembahagian: |
|
Glottolog: | nort3253 (padanan separa)[1] |
Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya ialah subkumpulan yang terusul di bawah keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Subkumpulan ini merangkumi bahasa-bahasa yang dituturkan di seluruh Borneo (tidak termasuk kawasan tenggara iaitu lokasi bahasa-bahasa Barito Raya dituturkan), serta di bahagian-bahagian Sumatera, Jawa, dan Tanah Besar Asia Tenggara. Hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya pertama kali diusulkan oleh Robert Blust (2010) dan dihuraikan selebihnya oleh Alexander Smith (2017a, 2017b).[2][3][4] Bukti yang dikemukakan untuk usulan ini ialah berkenaan kosa kata semata-mata.[2]
Subkumpulan yang diusulkan meliputi beberapa bahasa utama di Asia Tenggara, termasuk bahasa Melayu (bahasa Melayu piawai dan bahasa Indonesia) dan bahasa-bahasa Melayu berkaitan seperti bahasa Minangkabau, bahasa Banjar dan bahasa Iban; serta bahasa Sunda dan bahasa Aceh. Di Borneo sendiri, bahasa Borneo Utara Raya terbesar yang bukan di bawah bahasa-bahasa Melayu dari segi bilangan penutur ialah bahasa Dusun Tengah, terutamanya dituturkan di Sabah.[5]
Memandangkan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya juga merangkumi bahasa-bahasa Melayu, bahasa-bahasa Cam, dan bahasa-bahasa Sunda, ia dikatakan tidak serasi dengan hipotesis bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu usulan Alexander Adelaar.[2][6]