Bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya | |
---|---|
Taburan geografi: | Filipina Utara Sulawesi, Indonesia |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
Bahasa-proto: | Filipina Tengah Raya Proto |
Pembahagian: | |
Glottolog: | grea1284[1] |
Bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya ialah subkumpulan yang diusulkan di bawah keluarga bahasa-bahasa Austronesia, yang ditakrifkan oleh perubahan bahasa Polinesia-Melayu Proto *R kepada *g. Bahasa-bahasa tersebut dituturkan di bahagian tengah dan selatan Filipina, dan di utara Sulawesi.[2] Subkumpulan ini pertama kali diusulkan oleh Robert Blust (1991) berdasarkan bukti leksikal dan fonologi,[2] dan diterima oleh kebanyakan pakar dalam bidang tersebut.[3][4][5]
Kebanyakan bahasa utama di Filipina tergolong dalam subkumpulan bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya: bahasa Tagalog, bahasa-bahasa Bisaya, bahasa Sebu, bahasa Hiligaynon, bahasa Waray; bahasa Bikol Tengah, bahasa Maranao, dan bahasa Magindanao.[6] Di pulau Sulawesi, Indonesia, bahasa Gorontalo ialah bahasa ketiga terbesar mengikut bilangan penutur.[7]