Bahasa-bahasa Filipina | |
---|---|
(terusul) | |
Taburan geografi: |
|
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
Bahasa-proto: | Filipina Proto (terpertikai) |
Pembahagian: | |
ISO 639-2 / 5: | phi |
Glottolog: | Tiada |
Bahasa-bahasa Filipina, mengikut Adelaar dan Himmelmann (2005) |
Bahasa-bahasa Filipina ialah keluarga bahasa yang diusulkan oleh R. David Paul Zorc (1986) dan Robert Blust (1991; 2005; 2019) yang merangkumi semua bahasa di Filipina dan Sulawesi utara—kecuali bahasa-bahasa Bajau-Sama dan beberapa bahasa di Palawan—dan membentuk subkeluarga di bawah bahasa-bahasa Austronesia.[1][2][3][4] Walaupun negara Filipina berdekatan dengan pusat perkembangan Austronesia dari Formosa, terdapat sedikit kepelbagaian linguistik dalam kalangan kira-kira 150 bahasa-bahasa Filipina, menunjukkan bahawa kepelbagaian terdahulu telah dipadamkan oleh penyebaran bahasa induk milik bahasa-bahasa Filipina kini.[5][2]